Tak mampu lagi kuuraikan rasa di hati
Untuk mengungkapkan cinta yang mengalir di hati
Hanyalah sepenggal puisi yang dapat terukir
Untuk semua yang telah membagikan cintanya
Untuk rasa syukur atas ketulusan cinta di hati
Cinta dari para sahabat, pelangi dalam suka dan duka
Cinta dari pacar, bintang dalam kelamnya malam
Karena Cinta….
Aku mampu berdiri kokoh melewati putaran waktu
...Aku mampu menembus badai kehidupan
Cinta dari Maha Kuasa, pemberi nafas kehidupan
Cinta dari ORang Tua, pelita kehidupan
Cinta dari keluarga, sebagai perisai dalam melawan godaan duniawi
Cinta dari para guru, sebagai bekal dalam mengarungi lautan kehidupan
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
...
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
...Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
...Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati
Hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota tubuh badan yang lain. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara, sihat atau sakit dan sebagainya amat bergantung kepada kedudukan hatinya. Sekiranya baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).
Nyanyian hati :
Ku gubah lagu rindu
Ku nyanyikan lagu rindu buatMu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Ku lakar warna pelangi
......Ku ingin Kau di sampingku untuk sama_sama..
Melayarkan bahtera cinta yg terbina
Moga aku setia dalam kasihMu selamanya.
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Sejambangan kesyukuran ke hadrat Allah, dalam kepayahan dan titisan tekanan mula menjarah, kecintaan-Nya hadir dalam tiap sujud. kecintaan-Nya datang dari setiap wahyu kalam, kecintaan-Nya wujud dalam ilham sahabat-sahabat sefiqrah..
Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau payah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma .
No comments:
Post a Comment